Thursday, June 11, 2015

Lonely

Hari ini aku berasa sunyi sekali,
Hidup seakan tidak sempurna,
Balik rumah, terasa kosong,
Dan memang kosong sebab aku tinggal seorang diri,
Kawan-kawan majoritinya sudah berkeluarga,
Aku,
Hanya seorang diri

Aku rindu masa dahulu,
Masa dimana tiada kerisauan,
Boleh main game satu hari,
Melepak sampai pagi,

Tapi itu dulu,
Masa kawan-kawan masih bujang.
Sekarang, semuanya sudah berkeluarga
*sigh*

Aku takut
Takut, jika aku akan seorang diri selamanya
Takut, jika aku tak kecapi bahagia
Takut, jika aku berkeluarga tak dapat bahagiakan pasangan,

Aku sunyi.

Wednesday, October 23, 2013

Cinta

Aku rasa aku dah jatuh cinta
Perasaan yang agak baru bagi aku
Sedikit takut namun penuh teruja
Harapnya diterima

Wish me luck!

Saturday, August 18, 2012

Ramadhan & Syawal


Entah kenapa di penghujung Ramadhan ini aku berasa hiba
Entah kenapa di penghujung Ramadhan ini aku berasa kosong
Entah kenapa di penghujung Ramadhan ini aku berasa sunyi

Adakah puasaku sempurna?
Adakah ibadahku mencukupi?
Atau adakah aku selalu terleka dengan hawa nafsu sendiri

Ya Allah Ya Tuhanku
Kau Berkatilah Ramadhan ku kali ini
Kau Rahmatilah Ramadhan ku kali ini
Temukanlah aku dengan Ramadhan yg seterusnya

Sesungguhnya Engkau sahaja Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani

Esok, akan datang Syawal
Esok, akan aku meraikan kemenangan ini
Esok, akan aku mengucap syukur atas segala rahmat Mu ini

Kepada semua yang mengenali diri

Ku mohon keampunan andai ada tersalah kata
Ku mohon keampunan andai ada tersilap laku
Ku mohon keampunan andai ada kekhilafan

Moga Syawal kali ini diberkati dan diraikan dengan penuh senyuman. :D

Monday, January 2, 2012

New Year's Resolution

Selama aku hidup, tak pernah sekalipun aku buat azam tahun baru. Bagi aku itu semua sia-sia belaka. Nanti bukan ingat pun.

Tapi untuk tahun ni, aku rasa perlu untuk ada azam sebab hidup aku sekarang ni kalau takde target terasa kurang best.hehe

Harap-harap azam/target tahun ni akan tercapai.

Azam/target tahun baru:
  • Kurangkan buat maksiat
  • Kemas rumah kalau rumah bersepah
  • Beli kereta pertama
  • Taknak mencarut
  • Banyakkan baca Al-Quran
  • Travel oversea
Harapannya, bila aku tulis benda ni, boleh ingat sampai 31hb 12 2012 nanti

Cheers!