Saturday, August 18, 2012

Ramadhan & Syawal


Entah kenapa di penghujung Ramadhan ini aku berasa hiba
Entah kenapa di penghujung Ramadhan ini aku berasa kosong
Entah kenapa di penghujung Ramadhan ini aku berasa sunyi

Adakah puasaku sempurna?
Adakah ibadahku mencukupi?
Atau adakah aku selalu terleka dengan hawa nafsu sendiri

Ya Allah Ya Tuhanku
Kau Berkatilah Ramadhan ku kali ini
Kau Rahmatilah Ramadhan ku kali ini
Temukanlah aku dengan Ramadhan yg seterusnya

Sesungguhnya Engkau sahaja Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani

Esok, akan datang Syawal
Esok, akan aku meraikan kemenangan ini
Esok, akan aku mengucap syukur atas segala rahmat Mu ini

Kepada semua yang mengenali diri

Ku mohon keampunan andai ada tersalah kata
Ku mohon keampunan andai ada tersilap laku
Ku mohon keampunan andai ada kekhilafan

Moga Syawal kali ini diberkati dan diraikan dengan penuh senyuman. :D